Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN MERIAHKAN SYAWAL DENGAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

​Ahad, 25 Syawal 1445H bersamaan 05 Mei 2024M

Hari Raya Aidilfitri memberikan peluang untuk kita bermaaf-maafan disamping menzahirkan rasa kesyukuran setelah menjalani ibadah puasa selama satu bulan. Walaupun bulan Syawal semakin menghampiri penghujungnya, namun kemeriahannya masih dirasakan di rumah-rumah kediaman mahupun jua di tempat-tempat kerja.

Dalam kesempatan itu, Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) telah turut sama mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Konsep sambutan tahun ini berbeza dari tahun-tahun sebelumnya dimana ianya diadakan di luar Jabatan dan di luar waktu pejabat dengan bertemakan “Riang Ria Raya JKP”. Majlis diadakan di Jade Garden, The Centrepoint Hotel, Gadong. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Dayang Rosniza binti Dato Paduka Haji Hamdani dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan Jabatan Kemajuan Perumahan.

P_20240505_124202 ed.jpg 

Acara dimulai dengan bacaan Surah al-Fatihah dan doa selamat yang kemudiannya diikuti dengan ucapan alu-aluan dari Tetamu Kehormat Majlis. Majlis diserikan dengan pelbagai acara menarik dan menghiburkan yang telah disusun yang mana di antaranya ialah sesi pertukaran hadiah dan juga pertandingan baju tercantik bagi kategori lelaki dan perempuan.


IMG_0842.JPGIMG_0844.JPGIMG_0836.JPG

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah di antara aktiviti tahunan Jabatan yang tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk mengeratkan dan mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim dan ukhwah serta kerjasama seluruh warga Jabatan dan untuk menggalakkan budaya dan suasana kerja yang lebih sehat dan penuh harmoni.

Attachments